Antara permintaan yg menjadi keutamaan setiap insan ialah 'rezeki' .. disetiap kali doa pastinya..
semua orang inginkan..
- rezeki yang luas dan banyak..
- rezeki yang melimpah ruah..
- rezeki yang tidak putus2..
- rezeki yang datang dari pelbagai arah..
- rezeki yang halal dan berkat..
Dan setiap saat kita pasti akan memikirkan tentang rezeki, rezeki buat hari ini, rezeki untk esok, rezeki untuk hari lusa... rezeki untuk minggu depan, rezeki untuk bulan depan, rezeki untuk tahun depan.. dan rezeki untuk tahun2 yang mendatang.
Kita semua berharap agar kita sentiasa dilimpahi rezeki.. kita memohon janganlah Yang Maha Esa putuskan rezeki kita.. begitulah hendaknya.
NAMUN.. sesuatu yang pasti ialah.. 'setiap insan, rezekinya berbeza' . dan oleh kerana rezeki kita saling berbeza makanya taraf kehidupan kita juga .. ......... menjadi berbeza. Allah itu Maha Penyayang dan DIA adalah Maha Pemberi dan DIA akan terus memberi kepada hamba hambanya, kerna DIA tahu makhluk yang bernama Manusia ini adalah makhluk yang suka meminta2..
Seterusnya seperkara yang pasti dalam kehidupan kita ialah.. 'tiada siapa yang meminta untuk hidupnya merana' .. 'tiada siapa yang meminta untuk hidupnya sentiasa porak peranda' .. 'tiada siapa yang meminta untuk hidupnya penuh dengan duka' ..
.................... TIADA SIAPA!!..........
Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita, apa yang sudah kita lalui, apa yang sudah kita tempuhi dan apa yang sudah kita hadapi. Hanya dia saja yang tahu..
Namun bila kita masih belum berjaya.. pasti orang akan berkata..
'kamu yang taknak berusaha' ..
mudahkan.. orang menilai kita seolah olah mereka ahli nujum yang ada kebolehan melihat nasib orang dalam mangkuk air yang boleh tahu hal ehwal rezeki orang lain. Dan kadang2 kita sendiri pun akan cakap benda yang sama pada orang lain juga..
Kesimpulannya.. nilaikan yang baik2 terhadap orang lain, ingatlah satu perkara..
'Bagaimana anda menilai orang lain.. Begitulah Allah akan menilai diri anda' dan sentiasalah ingat juga bahawasanya..
'KITA SEMUA INI SEDANG DIDALAM PROSES PENILAIAN OLEH YANG MAHA ESA'
Berapa markah yang kita dah dapat?? hanya di Padang Masyar nanti kita akan diberitahu.
sekian dulu .. jumpa lagi dilain masa. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment