Thursday 21 March 2013

Modem Dua Zaman..

Semakin canggih teknologi bermakna semakin ia membawa kebaikan kepada kehidupan dan semakin kehidupan itu bertambah baik maka ia memerlukan teknologi untuk terus penambahbaikkan... begitulah kehidupan, semuanya saling memerlukan. Seterusnya terpulanglah kepada kita bagaimana hendak memanfaatkan sesuatu teknologi tersebut. 



Gambar diatas ialah gambar 2 modem yang saya gunakan sekarang.. tapi modem yg besor tu dah lama simpan. Modem besor tu ialah modem ZTE dari China, tahun 2008 saya nak sangat guna internet, waktu tu 'Internet Prepaid' tak ada lagi, yang ada semua bayor bulan2. So pegi kat maxis then subscribe la intenet, 80 ringgit tiap2 bulan. Dapat la modem yg besor tu .. fungsinya sama macam modem USB kecil yang boleh dibawa kemana2 dan ia juga boleh buat panggilan tepon. Bagusnya modem ni ialah walaupun sesuatu kawasan tu cuma ada coverage 2G atau EDGE, surf intenet tetap laju. Yang tak bestnya.. ialah saiznya yang besor untuk diangkut kehulu kehilir. Actually tahun 2011 masa terminate line Maxis saya return balik modem tu, then awal January tahun ni saya beli balik modem ni ..sbb ingat nak guna kat kampung.. tapi..




Rupenye kat kawasan rumah saya kat kampung ni line Celcom je yang ok, nak kata ok sangat tu tak la.. ia lebih kurang macam kata pepatah 'hidup pun mahu, segan pun mahu'... macam tu lah :) so kenalah simpan balik modem besor tu . Pernah jugak saya masukan sim card celcom kat dalam modem besor tu tapi bila dialing, ia tak dapat connect.. sebabnya..

Modem ni memang dah set untuk Maxis.. bila dialing ia akn pergi ke http://192.168.0.1 , untuk Celcom pula nombor dialing untuk connectionnya lain iaitu http://192.168.1.1 , walaupun saya masukkan sim card Celcom bila dialing ia tetap akn ke Maxis punya connection, so memang tak dpt nak connect. So saya sampai sekarang la saya tak sure cemana nak unlock modem besor tu supaya boleh accept sim card lain. Kalau ada yang tahu.. bolehlah beritahu saya ya.

Tentang modem biru Celcom Porta Wifi tu.. rasanya semua orang dah tahu, kagum juga bila modem kecil tu boleh jadi WIfi. Modem wifi yang lain semuanya besor2, itulah hebatnya teknologi yang mana sekarang ni sudah bermacam2 bentuk sambungan intenet, paling laju tentunya Unifi. terpulang la pada kita bagaimana untuk memanfaatkannya. Itu saja story kali ini.. jumpe lagi. 

Assalamualaikum...

Tuesday 19 March 2013

Kacang Cerdik..

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni nak explore (konon) perihal Kacang Cerdik. Kita ni orang melayu sudah biasa dengan kismis.. especially diberi pada anak2 sebelum pergi sekolah yang mana adalah diyakini bahawa khasiat kismis boleh membantu menajamkan minda anak2 supaya lebih fokus semasa sessi pembelajaran. Well.. mungkin ada benarnya, tapi saya dulu sebelom pegi sekolah makan nasi ngan telur rebus dan jugak sambal belacan je, no wonder la saya ni tak berapa pandai ..hehe. just kidding k .. back to the 'tajuk'. 



Ok.. adalah difahamkan bahawa kacang cerdik atau bahasa orang putihnya Pistachios ini telah menjadi makanan kegemaran sejak seawal 6000 BC lagi, means masa area zaman Nabi  Allah Musa a.s lagi kacang ni dah mula terkenal. Malahan dipercayai semasa kegemilangan Ketamadunan Babylon iaitu semasa pemerintahan Marduk-Baladan (700BC) pokok Pistachios ada ditanam diatas bangunan2 dan juga dipesisir piramid. 

Unfortunately.. pokok kacang cerdik ni tidak boleh ditanam di Malaysia, ini kerana untuk berbuah dengan ranum, pokok ini memerlukan suhu yang panas dan kering serta persekitaran yang berpasir dan juga tanah yang agak bergaram. That's why pokok ni banyak ada kat Iran, Iraq , Palestin (orang Yahudi lahanat skrang ni buat pagar kat kawasan yg subur didaerah Palestin dgn tujuan untuk rampas kawasan tu dan depa boleh ambik hasilnya, bengang kan? dah la merempat kat tanah Palestin lps tu nak ambik pulak hasilnya..elok bom je semua ) serta Turkey, Syria dan juga California. Rugi kan? kalau la boleh tanam kat Malaysia, confirm keliling rumah kita tanam, dah berbuah nanti Mak kita pun boleh buat 'Bubur Kacang Cerdik'.. mesti sedap, idok ler asyik kacang ijo je.



Seterusnya.. pokok kacang cerdik ini juga mampu bertahan dalam cuaca yang 'extrem'.. musim sejuk bawah -10 darjah celcius, no problem pokok ni still hidup. Masa musim panas.. suhu mendadak naik sampai 48 darjah celcius.. also no problem, steady je. Sebab tu kacang ni harganya agak mahal.. tapi kan kalau nak murah ada kawan saya cakap pergi beli kat 'Dubai' sana.. diorang cakap kat sana memang murah boleh beli berkampit2, so boleh la pegi sana ya :)

Apakah khasiatnya? seperti yang telah diketahui.. kacang cerdik mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah secara efektif dan sekiranya ia dimakan dalam kuantiti yang agak banyak, ia tidak menyebabkan sakit kepala atau pening kepala, tidak seperti kacang tanah.. 'cer kome makan sekampit besor kacang goren tu... mau penin dibuatnye' sebab tulah kacang ni dipanggil kacang cerdik kerna  khasiatnya bagus, mudah dihadam dan tidak mengganggu perut.

Sekian dulu.. kajian saya (konon) yang tak seberapa ni.. Terima kasih na pada yang sudi membaca :) semoga anda cerdik2 semuanya. jumpe lagi. 

Monday 18 March 2013

Hikmah Keamanan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. semoga semuanya didalam mood yang 'success'.

Kita wajib bersyukur kerna kita dilahirkan dibumi yang bertuah.. bumi Malaysia. Malah lebih banyak patutnya bersyukur kerana kita adalah generasi terkemudian yang tidak pernah merasa pahit getir seperti datuk dan nenek kita ketika dizaman penjajah sampai la ke zaman komunis yang banyak menganggu gugat ketenteraman negara kita.



















Kita bisa bebas kesana kemari untuk berdating, bershopping, bermakan2, berlepak2 dsb.. kita bisa menguruskan apa yang perlu diuruskan, kita mampu tidur dengan aman, anak2 mendapat pendidikan yang sempurna, kita mampu mencoret impian dan berusaha agar impian itu dapat tercapai.. kita bisa kerna kita berada didalam negara yang aman. Untuk dikatakan yang negara kita tersangat la aman, tidaklah boleh pula.. kerna diluar sana masih ada penyangak2 dan perompak yang kerjanya ingin menyusahkan orang.. kita masih perlu berhati2. Namun kesimpulannya.. Negara kita masih Aman.

            Namun begitu.. (namun lagi) apa yang terjadi di Sabah sana sekarang, sungguh mengecewakan. Ada yang bilang itu sandiwara politik.. secara peribadi, saya enggak ngerti  sangat politik2 ini. Apa pun.. sandiwara atau tidak apa yang berlaku disana adalah satu hal yang 'nyata' . Nyawa petugas keselamatan kita terancam.. mereka berdepan dengan peluru hidup, bukannya main lastik2 lagi. Oleh yang demikian.. sewajarnya kita disini mendoakan agar Allah kurniakan keselamatan dan perlindungan kepada petugas2 keselamatan kita, bukannya menghina mereka. Mereka juga seperti kita.. yang inginkan 'keamanan'.


















Harapan saya .. agar Allah kembali kurniakan keamanan dan kesejahteraan dinegara kita khususnya di Sabah sana.. amin. Mari lihat sebentar  negara Syria yang sudah tidak aman itu.. apa yang tinggal? hanya puing puing runtuhan rumah dan bangunan, adakah kita tidak mengambil pelajaran? mudah mudahan kesejahteraan juga buat semua umat Islam diseluruh dunia.. amin

Jumpa lagi.. 

Sunday 17 March 2013

Rezeki..

Semoga kita semua sentiasa sihat & sejahtera.. 

Antara permintaan yg menjadi keutamaan setiap insan ialah 'rezeki' .. disetiap kali doa pastinya..

semua orang inginkan..

- rezeki yang luas dan banyak..
- rezeki yang melimpah ruah..
- rezeki yang tidak putus2..
- rezeki yang datang dari pelbagai arah..
- rezeki yang halal dan berkat..

Dan setiap saat kita pasti akan memikirkan tentang rezeki, rezeki buat hari ini, rezeki untk esok, rezeki untuk hari lusa... rezeki untuk minggu depan, rezeki untuk bulan depan, rezeki untuk tahun depan.. dan rezeki untuk tahun2 yang mendatang.


Kita semua berharap agar kita sentiasa dilimpahi rezeki.. kita memohon janganlah Yang Maha Esa putuskan rezeki kita.. begitulah hendaknya.

NAMUN.. sesuatu yang pasti ialah.. 'setiap insan, rezekinya berbeza' . dan oleh kerana rezeki kita saling berbeza makanya taraf kehidupan kita juga .. ......... menjadi berbeza. Allah itu Maha Penyayang dan DIA adalah Maha Pemberi dan DIA akan terus memberi kepada hamba hambanya, kerna DIA tahu makhluk yang bernama Manusia ini adalah makhluk yang suka meminta2..

Seterusnya seperkara yang pasti dalam kehidupan kita ialah.. 'tiada siapa yang meminta untuk hidupnya merana'  .. 'tiada siapa yang meminta untuk hidupnya sentiasa porak peranda' .. 'tiada siapa yang meminta untuk hidupnya penuh dengan duka' ..

.................... TIADA SIAPA!!..........


Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita, apa yang sudah kita lalui, apa yang sudah kita tempuhi dan apa yang sudah kita hadapi. Hanya dia saja yang tahu..

Namun bila kita masih belum berjaya.. pasti orang akan berkata..

'kamu yang taknak berusaha' .. 

mudahkan.. orang menilai kita seolah olah mereka ahli nujum yang ada kebolehan melihat nasib orang dalam mangkuk air yang boleh tahu hal ehwal rezeki orang lain. Dan kadang2 kita sendiri pun akan cakap benda yang sama pada orang lain juga..

Kesimpulannya.. nilaikan yang baik2 terhadap orang lain, ingatlah satu perkara..

'Bagaimana anda menilai orang lain.. Begitulah Allah akan menilai diri anda'  dan sentiasalah ingat juga bahawasanya..

'KITA SEMUA INI SEDANG DIDALAM PROSES PENILAIAN OLEH YANG MAHA ESA' 

Berapa markah yang kita dah dapat?? hanya di Padang Masyar nanti kita akan diberitahu.

sekian dulu .. jumpa lagi dilain masa. Assalamualaikum..

Syukur

Assalamualaikum.. 

Saya doakan semoga anda semua sihat2 dan sejahtera bersama insan2 yg tersayang. pejam celik pejam celik kita dah pun masuk bulan March 2013.. pejam celik pejam celik lagi.. tak lama dah nak puasa. pejam celik pejam celik  lagi sedor2 dah Kiamat.. Oopps sorry.


Masa yg berlalu banyak meninggalkan kenangan.. masa yg akan datang pun pasti akan membawa kenangan, mudah mudahan kita semua diberikan & dianugerahkan oleh Allah kenangan yg indah2. 

Memang ada benar kata pujangga.. 'hidup ini bukanlah semudah yg dijangka' tapi kalau pakar motivasi baca apa yg saya tulis ni mesti diorang cakap saya ni seorang yg pessimist. entahlah.. terpulanglah pada diri masing2, bagi saya tidak semestinya pabila seseorang mengatakan sesuatu yg tidak positif itu bermakna orang itu berfikiran negatif.. tidak begitu...


Biasa kita lihat kan.. bunga yg cantik kat dlm paya pun boleh tumbuh. begitulah juga dgn kehidupan kita, kita ini adalah ciptaan terbaik dari Yang Maha Esa. bagaimana kita menilai kehidupan, begitulah Allah menilai diri kita.. ewahh cakap macam bagus ja pun. sat lagi marah pulak Ustaz Don tu..

Apa yg saya tulis.. adalah lebih untk peringatan buat diri saya sendiri. kita ni bukannya 100 percent perfect, bangun pagi ja bukannya boleh terus loncat atas tilam sambil menjerit .... "aku kaya dan berjaya!!! .. "I'm Wonderful!!

                Ada ka orang buat lagu tu? kalaulah ada orang yg buat macam tu, memang saya respect, confirm anak bini dia pun sama2 join loncat sekali. memang wonderful.

Ok la.. membebel panjang2 pun bukannya orang suka, actually dah lama tak berblog, rindu dgn suasana 4 tahun yg lalu masa aktif berblog.. dpt ramai kenal kawan2 yg best2. semuanya pon dah kahwen dan ada anak.. teman sorang je yg blom ada rezeki lagi.. takpa la semuanya Allah yg tentukan. yg penting kita mesti.......................
                               ...............................
                                      .................................
                              ............................
                  ...............................
                             POSITIF!!

jumpe lagi...