Saturday 22 October 2016

USD/JPY .. Consolidate then Breakout?


Ok.. untuk USD/JPY, kita akan draw 2 Fibonacci di dua tempat berbeza. First.. kita draw dari 104.306 High ke 100.078 Low, kita akn dapat seperti dalam chart di atas. Seterusnya kita draw fibo yg kedua..



Untuk fibo yang kedua kita draw dari 107.489 High ke 99.524 Low, so kita akan dapat kedudukan Fibo yang bertindan seperti chart diatas. Alright.. kita pause sekejap, dalam teknikal analisis, adakah boleh kita draw dua fibonacci yang seperti saya buat tadi untuk melihat pergerakan trend? Jika anda baca buku karangan Fibo Queen - Carolyn Boroden dalam bukunya yang berjudul 'Fibonacci Trading - How to Master the Time and Price Advantage', dia kata tidak boleh, dia suruh kita buat begini.. rujuk chart dibawah.



Point low yg pangkah warna kuning tu iaitu 99.524 tu kekal tapi point high tu  kita boleh ubah, maksudnya jika kita nak draw dua atau tiga fibo just ubah high sahaja (untuk kes yg ni la) so kita akan dapat multiple fibo yang bertindan dan sesak seperti chart di atas, kot sape yang rabun saya tak syorkan buat begini, nanti lagi bertambah rabun.

 Namun jika anda nak buat pun bagus juga sebab anda akan dapat point2 reversal atau breakout yg lebih detail, terpulang pada individu. Style saya , saya akan pilih dua tempat yang berbeza untk draw fibo sbb setiap 'tempat yang ada point high dan low tu ada jalan ceritanya'.

Alright.. kembali pada chart yang saya draw dua fibo, tengok pada chart nombor 2. Kita fokus pada bahagian yang saya yang warnakan dengan warna biru, rujuk chart dibawah, saya dah besarkan..



Ok.. dengan gabungan 2 fibo tadi, kita dapati UJ sekarang sedang terperangkap antara level2 fibo yang penting iaitu..


  • 104.446 
  • 104.306 - yang mana 2 point ini bertindak sebagai resistance.

  • 103.507
  • 103.404 - yang mana 2 point ini bertindak sebagai support.
takpa saya besarkan lagi chart supaya anda nampak..



Actually dari 11 Oktober dah trap kat sini, false breakout keatas price masuk balik, dia buat false breakout kebawah.. price masuk balik. So next week.. saya just monitor 'kotak' ni, jika price sustain breakout keatas then ceritanya pendek saja, price akan ke 105.784 then naik lagi ke 107.489, tapi kalau breakout ke bawah then ceritanya akan jadi panjang sikit, price akan turun, maybe akan turun lagi buat double atau triple zigzag then baru naik balik. Alright.. InsyaAllah nanti saya update lagi.

EUR/USD... LOOKING 1.08042??


Assalamualaikum ..

Analisis eur/usd pukul 12:50am 22/10/16. Sejak semalam, selepas berlaku rejection yang kuat di area 1.1030, price meneruskan penurunan sehingga ke low terkini ialah pada 1.08568. Berdasarkan pada fibonacci yang saya lukis, kita fokus pada fibo yang saya draw dari 1.09117 low ke 1.13674 high. 

Dapat dilihat price sudah pun 'break' 100% fibo iaitu 1.09117 dan price baru saja touch 1.08568 yang mana paras ini juga hampir dengan paras 112.3% fibo iaitu 1.08556, kebiasaannya level 12.3% atau 112.3% adalah level yang akan berlaku reversal point, namun demikian paras 23.6% dan juga 123.6% adalah lebih solid.

Oleh itu dengan keadaan price yang sekarang ini bergerak agak heavy (susah nak naik) ada probability yang price akan test level 123.6% fibo iaitu di 1.08042. Sekiranya ini berlaku, saya fikir mungkin ada peluang untuk masuk 'buy' position di area tersebut. Memandangkan esok sudah pun cuti, so kita monitor balik pada next week.

Walaubagaimana pun.. sekiranya price sustain break 1.08042 then support fibo seterusnya ialah di 1.0722, tapi saya taknak fikir dulu. Buat masa ni Lets fokus pada level 1.08556 dan juga 1.08042.

Sunday 17 May 2015

TZ Pivot 15.05.15


Weekly R1 di area 1.1368 prove to be good support, still target untk naik ke Weekly R2 di 1.1542. 


Masih a few pip di atas R3 kelmarin iaitu 136.27, rasanya akan follow pergerakan eu untk uptrend.


Hari Jumaat kelmarin price dah break Weekly support, tapi closed tepat padanya iaitu di 0.7470, jika hold then.. still uptrend.

Friday 15 May 2015

TZ Pivot 14.05.15


EUR/USD.. today naik ke new R2 kemudian decline untk retest semula yesterday R3 (1.1346). So far rebound dan stay di 1.1374, Weekly R1 pula masih di 1.1368, sustained stay above this level, maybe akn naik ke Weekly R2 iaitu di 1.1542.




EUR/JPY.. Cantik reject di R3 - 136.27 dan terus jatuh ke R1, tapi tak dpt masuk position sbb kereta rosak kat ampang. So 136.27 now adalah formidable resistance. 




NZD/USD.. Now stay dekat daily pivot 0.7490 dan juga Weekly Pivot iaitu 0.7470, jika break weekly pivot then target Weekly S1 di 0.7363.

Thursday 14 May 2015

TZ Pivot 13.05.2015



Indicator TZ pivot, indicator lama dari tahun 2008 dah ada, tapi masih relevan untk digunakan dlm trading. Today.. tak sangka, eur/usd start pukul 8.30 tadi dari pivot terus cecah ke R3.

Now price stop kat area 1.1368, area ni adalah Weekly R1. So kena tunggu pivot esok untk tengok kat mana daily pivot tu berada.

Thursday 21 March 2013

Modem Dua Zaman..

Semakin canggih teknologi bermakna semakin ia membawa kebaikan kepada kehidupan dan semakin kehidupan itu bertambah baik maka ia memerlukan teknologi untuk terus penambahbaikkan... begitulah kehidupan, semuanya saling memerlukan. Seterusnya terpulanglah kepada kita bagaimana hendak memanfaatkan sesuatu teknologi tersebut. 



Gambar diatas ialah gambar 2 modem yang saya gunakan sekarang.. tapi modem yg besor tu dah lama simpan. Modem besor tu ialah modem ZTE dari China, tahun 2008 saya nak sangat guna internet, waktu tu 'Internet Prepaid' tak ada lagi, yang ada semua bayor bulan2. So pegi kat maxis then subscribe la intenet, 80 ringgit tiap2 bulan. Dapat la modem yg besor tu .. fungsinya sama macam modem USB kecil yang boleh dibawa kemana2 dan ia juga boleh buat panggilan tepon. Bagusnya modem ni ialah walaupun sesuatu kawasan tu cuma ada coverage 2G atau EDGE, surf intenet tetap laju. Yang tak bestnya.. ialah saiznya yang besor untuk diangkut kehulu kehilir. Actually tahun 2011 masa terminate line Maxis saya return balik modem tu, then awal January tahun ni saya beli balik modem ni ..sbb ingat nak guna kat kampung.. tapi..




Rupenye kat kawasan rumah saya kat kampung ni line Celcom je yang ok, nak kata ok sangat tu tak la.. ia lebih kurang macam kata pepatah 'hidup pun mahu, segan pun mahu'... macam tu lah :) so kenalah simpan balik modem besor tu . Pernah jugak saya masukan sim card celcom kat dalam modem besor tu tapi bila dialing, ia tak dapat connect.. sebabnya..

Modem ni memang dah set untuk Maxis.. bila dialing ia akn pergi ke http://192.168.0.1 , untuk Celcom pula nombor dialing untuk connectionnya lain iaitu http://192.168.1.1 , walaupun saya masukkan sim card Celcom bila dialing ia tetap akn ke Maxis punya connection, so memang tak dpt nak connect. So saya sampai sekarang la saya tak sure cemana nak unlock modem besor tu supaya boleh accept sim card lain. Kalau ada yang tahu.. bolehlah beritahu saya ya.

Tentang modem biru Celcom Porta Wifi tu.. rasanya semua orang dah tahu, kagum juga bila modem kecil tu boleh jadi WIfi. Modem wifi yang lain semuanya besor2, itulah hebatnya teknologi yang mana sekarang ni sudah bermacam2 bentuk sambungan intenet, paling laju tentunya Unifi. terpulang la pada kita bagaimana untuk memanfaatkannya. Itu saja story kali ini.. jumpe lagi. 

Assalamualaikum...

Tuesday 19 March 2013

Kacang Cerdik..

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni nak explore (konon) perihal Kacang Cerdik. Kita ni orang melayu sudah biasa dengan kismis.. especially diberi pada anak2 sebelum pergi sekolah yang mana adalah diyakini bahawa khasiat kismis boleh membantu menajamkan minda anak2 supaya lebih fokus semasa sessi pembelajaran. Well.. mungkin ada benarnya, tapi saya dulu sebelom pegi sekolah makan nasi ngan telur rebus dan jugak sambal belacan je, no wonder la saya ni tak berapa pandai ..hehe. just kidding k .. back to the 'tajuk'. 



Ok.. adalah difahamkan bahawa kacang cerdik atau bahasa orang putihnya Pistachios ini telah menjadi makanan kegemaran sejak seawal 6000 BC lagi, means masa area zaman Nabi  Allah Musa a.s lagi kacang ni dah mula terkenal. Malahan dipercayai semasa kegemilangan Ketamadunan Babylon iaitu semasa pemerintahan Marduk-Baladan (700BC) pokok Pistachios ada ditanam diatas bangunan2 dan juga dipesisir piramid. 

Unfortunately.. pokok kacang cerdik ni tidak boleh ditanam di Malaysia, ini kerana untuk berbuah dengan ranum, pokok ini memerlukan suhu yang panas dan kering serta persekitaran yang berpasir dan juga tanah yang agak bergaram. That's why pokok ni banyak ada kat Iran, Iraq , Palestin (orang Yahudi lahanat skrang ni buat pagar kat kawasan yg subur didaerah Palestin dgn tujuan untuk rampas kawasan tu dan depa boleh ambik hasilnya, bengang kan? dah la merempat kat tanah Palestin lps tu nak ambik pulak hasilnya..elok bom je semua ) serta Turkey, Syria dan juga California. Rugi kan? kalau la boleh tanam kat Malaysia, confirm keliling rumah kita tanam, dah berbuah nanti Mak kita pun boleh buat 'Bubur Kacang Cerdik'.. mesti sedap, idok ler asyik kacang ijo je.



Seterusnya.. pokok kacang cerdik ini juga mampu bertahan dalam cuaca yang 'extrem'.. musim sejuk bawah -10 darjah celcius, no problem pokok ni still hidup. Masa musim panas.. suhu mendadak naik sampai 48 darjah celcius.. also no problem, steady je. Sebab tu kacang ni harganya agak mahal.. tapi kan kalau nak murah ada kawan saya cakap pergi beli kat 'Dubai' sana.. diorang cakap kat sana memang murah boleh beli berkampit2, so boleh la pegi sana ya :)

Apakah khasiatnya? seperti yang telah diketahui.. kacang cerdik mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah secara efektif dan sekiranya ia dimakan dalam kuantiti yang agak banyak, ia tidak menyebabkan sakit kepala atau pening kepala, tidak seperti kacang tanah.. 'cer kome makan sekampit besor kacang goren tu... mau penin dibuatnye' sebab tulah kacang ni dipanggil kacang cerdik kerna  khasiatnya bagus, mudah dihadam dan tidak mengganggu perut.

Sekian dulu.. kajian saya (konon) yang tak seberapa ni.. Terima kasih na pada yang sudi membaca :) semoga anda cerdik2 semuanya. jumpe lagi.