Ok.. untuk USD/JPY, kita akan draw 2 Fibonacci di dua tempat berbeza. First.. kita draw dari 104.306 High ke 100.078 Low, kita akn dapat seperti dalam chart di atas. Seterusnya kita draw fibo yg kedua..
Untuk fibo yang kedua kita draw dari 107.489 High ke 99.524 Low, so kita akan dapat kedudukan Fibo yang bertindan seperti chart diatas. Alright.. kita pause sekejap, dalam teknikal analisis, adakah boleh kita draw dua fibonacci yang seperti saya buat tadi untuk melihat pergerakan trend? Jika anda baca buku karangan Fibo Queen - Carolyn Boroden dalam bukunya yang berjudul 'Fibonacci Trading - How to Master the Time and Price Advantage', dia kata tidak boleh, dia suruh kita buat begini.. rujuk chart dibawah.
Point low yg pangkah warna kuning tu iaitu 99.524 tu kekal tapi point high tu kita boleh ubah, maksudnya jika kita nak draw dua atau tiga fibo just ubah high sahaja (untuk kes yg ni la) so kita akan dapat multiple fibo yang bertindan dan sesak seperti chart di atas, kot sape yang rabun saya tak syorkan buat begini, nanti lagi bertambah rabun.
Namun jika anda nak buat pun bagus juga sebab anda akan dapat point2 reversal atau breakout yg lebih detail, terpulang pada individu. Style saya , saya akan pilih dua tempat yang berbeza untk draw fibo sbb setiap 'tempat yang ada point high dan low tu ada jalan ceritanya'.
Alright.. kembali pada chart yang saya draw dua fibo, tengok pada chart nombor 2. Kita fokus pada bahagian yang saya yang warnakan dengan warna biru, rujuk chart dibawah, saya dah besarkan..
Ok.. dengan gabungan 2 fibo tadi, kita dapati UJ sekarang sedang terperangkap antara level2 fibo yang penting iaitu..
- 104.446
- 104.306 - yang mana 2 point ini bertindak sebagai resistance.
- 103.507
- 103.404 - yang mana 2 point ini bertindak sebagai support.
takpa saya besarkan lagi chart supaya anda nampak..
Actually dari 11 Oktober dah trap kat sini, false breakout keatas price masuk balik, dia buat false breakout kebawah.. price masuk balik. So next week.. saya just monitor 'kotak' ni, jika price sustain breakout keatas then ceritanya pendek saja, price akan ke 105.784 then naik lagi ke 107.489, tapi kalau breakout ke bawah then ceritanya akan jadi panjang sikit, price akan turun, maybe akan turun lagi buat double atau triple zigzag then baru naik balik. Alright.. InsyaAllah nanti saya update lagi.
No comments:
Post a Comment